Hari Keluarga SBC yang diadakan buat pertama kali ini merupakan salah satu aktiviti SBC bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua ahli SBC dan ahli keluarga masing-masing. Penganjuran hari keluarga ini merupakan salah satu wadh untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli SBC.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa hari keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah diantara semua ahli SBC seluruh sabah. Adalah menjadi harapan setiap ahli SBC agar hari keluarga yang diadakan ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
Objektif;
Memberikan ruang kepada semua ahli SBC melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli SBC khususnya serta ahli keluarga SBC.
menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dikalangan ahli SBC.
**Tema Cadangan Santai Bersama SBC**

Kota Kinabalu Time
0 comments:
Post a Comment