Salam kepada semua ahli SBC dan para pengunjung laman ini. Kami sedang menaiktaraf beberapa perkara di dalam laman blog /website ini. Sebarang kesulitan untuk mengunjungi dan menghubungi kami amat dikesali. Penambahbaikan ini akan mengambil sedikit masa bermula dari sekarang. Laman blog atau web ini akan selesai sepenuhnya sekiranya pengumuman ini dipadam oleh admin. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan anda ke halaman ini. sekali lagi kami memohon kemaafan atas gangguan ini dan terima kasih atas sokongan anda
Thursday, July 28, 2011
Thursday, December 23, 2010
Hari Keluarga Sabah BLM Community (SBC)
Hari Keluarga SBC, Kali pertama Tahun 2010
Tempat : Tanjung Aru Beach Resort (1st Beach)
Masa : 0900am - 1600pm
Tarikh : 18 Disember 2010
Bagi pihak pengurusan SBC KK, mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada semua yang turut menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung, tanpa anda aktiviti yang sebegini tidak akan bergerak. Jumpa lagi di hari keluarga tahun akan datang (Tawau-Buat persediaan yang jauh lebih baik dari yang pertama)
Anugerah kereta paling popular pada tahun pertama ini adalah disandang oleh Ahli kita yang bernama Henry Jaulit iaitu ahli SBC di bahagian KK, kemenangan beliau adalah berdasarkan undian-undian semua warga SBC, terima kasih kepada pengundi dan Tahun depan pasti sebuah kereta popular akan muncul lagi. (Nantikan)
Friday, December 10, 2010
Hari Keluarga SBC Tahun 2010
Hari Keluarga SBC yang diadakan buat pertama kali ini merupakan salah satu aktiviti SBC bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua ahli SBC dan ahli keluarga masing-masing. Penganjuran hari keluarga ini merupakan salah satu wadh untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli SBC.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa hari keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah diantara semua ahli SBC seluruh sabah. Adalah menjadi harapan setiap ahli SBC agar hari keluarga yang diadakan ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
Objektif;
Memberikan ruang kepada semua ahli SBC melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli SBC khususnya serta ahli keluarga SBC.
menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dikalangan ahli SBC.
**Tema Cadangan Santai Bersama SBC**
Subscribe to:
Comments (Atom)

Kota Kinabalu Time