Kenali SBC

'Sabah BLM Community' atau dikenali dengan nama ringkasnya SBC adalah sebuah komuniti yang menggabungkan semua pemilik kenderaan Proton Saga BLM, Saga SE dan yang terbaru Saga FL, Kelab ini ditubuhkan khusus bagi mereka yang bermastautin di Negeri Sabah. Bermula pada 1 Januari 2011, nama Sabah BLM Community telah ditukar menjadi 'Kelab Pemilik Proton Saga BLM Sabah (Proton Saga BLM Owner's Club (SABAH)' dan menggunakan Sabah BLM Club (SBC) sebagai nama ringkasnya.

SBC ini ditubuhkan pada 05 April 2010 melalui laman sosial Facebook. SBC juga mengumpul semua pemilik Proton Saga BLM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman menggunakan Proton Saga BLM.
Selain itu SBC juga turut mengadakan aktivit-aktiviti sosial seperti lawatan dan kerja amal ke tempat-tempat kebajikan serta konvoi sekitar Sabah, disamping bertemu dengan semua ahli dan macam-macam lagi aktiviti yang akan dirancangkan oleh komuniti ini.

SBC menjemput semua pemilik Saga BLM, Saga SE dan Saga FL khususnya untuk menyertai kelab ini bagi menambah bilangan ahli seterusnya menjadi satu komuniti yang dikenali di Sabah


Syarat-syarat & Peraturan Bagi Ahli VIP SBC

Ahli SBC WAJIB membaca peraturan-peraturan kelab seperti yang telah ditetapkan di bawah :

1). Ahli SBC tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama Sabah BLM Community (SBC) tanpa kebenaran dari Presiden/Ketua Zon masing. Ini kerana, jika tiada alasan yang munasabah aktiviti tersebut diadakan berkemungkinan ianya membawa kesan negatif terhadap masyarakat, ini akan menjejaskan nama Sabah BLM Community (SBC). Sabah BLM Community (SBC) tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kes-kes diluar jangkaan yang melibatkan nama kelab.

2). Semua aktiviti-aktiviti yang melibatkan kereta ahli SBC di jalanan adalah tertakluk kepada undang-undang polis trafik atau JPJ. Ahli tidak dibenarkan menggunakan jalan raya untuk perlumbaan haram dan sebagainya yang melanggar peraturan jalan raya.

3). Sabah BLM Comunity tidak akan bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan luar seperti lumba haram, pengubahsuaian kereta yang tidak dibenarkan oleh JPJ dan sebarang perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada Sabah BlM Community (SBC).

4). Cenderahati, aksesori, produk, barangan, aktiviti, dan segala aspek yang berkaitan Sabah BLM Community (SBC) adalah tanggungjawab Kelab. Ahli tidak dibenarkan menggunakan nama Sabah BLM Community (SBC) untuk tujuan perniagaan tanpa usahasama atau persetujuan Sabah BLM Community (SBC). Ianya bertujuan untuk memastikan tiada ahli yang mengaut keuntungan dengan menggunakan nama SBC. Sabah BLM Community (SBC) boleh mengeluarkan saman sesiapa sahaja yang menggunakan nama Sabah BLM Community (SBC) untuk tujuan perniagaan tanpa persetujuan, usahasama dan perbincangan bersama kelab..

5). Ahli Sabah BLM Community (SBC) dikehendaki hadir pada setiap perjumpaan atau aktiviti yang dijalankan kecuali jika ada perkara/masalah yang tidak dapat dielakkan. Ahli SBC dikehendaki hadir tepat pada masa dalam aktiviti/perjumpaan yang dirancang/ditetapkan oleh Sabah BLM Community (SBC).

6). Semua AJK Tertinggi yang dilantik melalui mesyuarat agung kelab. Pemilik/AJK Tertinggi/Ketua-Ketua Zon Sabah BLM Community (SBC) boleh menarik sebarang jawatan dalam kelab jika kuasa disalah-gunakan. AJK Tertinggi yang terpilih adalah dikalangan ahli Sabah BLM Community (SBC) yang mempunyai kenderaan berdaftar dengan kelab sahaja.

7). Sabah BLM Community (SBC) tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua urusan jual beli sesama ahli. Jika terdapat sebarang penipuan, ahli hendaklah menyelesaikannya sendiri.

8). Jika terdapat ahli ingin keluar dari Sabah BLM Community (SBC), keahlian dan segala keistimewaan akan ditarik balik. Wang ahli tidak akan dikembalikan. Penyingkiran ahli Sabah BLM Community (SBC) adalah tertakluk kepada perbincangan di dalam kelab.

9). Semua Ahli Sabah BLM Community (SBC) tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, mengutuk sesama sendiri & mengeluarkan kata-kata yang berbentuk provokasi terhadap sensiviti sesuatu isu & berbentuk perkauman.

Segala peraturan di atas adalah untuk memastikan keberkesanan perjalanan dalam kelab ini dan lebih tersusun, semua ahli Sabah BLM Community (SBC) adalah tertakluk pada peraturan tersebut. Kami mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas kerjasama anda mematuhi peraturan-peraturan kelab ini.

Terima Kasih
Presiden



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Sabah BLM Club!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger