Thursday, December 23, 2010

Hari Keluarga Sabah BLM Community (SBC)

Hari Keluarga SBC, Kali pertama Tahun 2010
Tempat : Tanjung Aru Beach Resort (1st Beach)
Masa : 0900am - 1600pm
Tarikh : 18 Disember 2010

Sabah BLM Community telah mengadakan hari keluarga SBC buat kali pertama sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010 ini, jumlah kereta yang datang untuk menjayakan aktiviti ini adalah 47buah dari seluruh sabah dan kedatangan semua warga SBC adalah mencecah 80 orang. Walaupun sambutan tidaklah seperti yang dirancang, tetapi semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua warga SBC adalah salah satu penyebab kejayaan program ini dijalankan, apa yang diharapkan oleh semua warga SBC adalah penambahbaikan dari semasa ke semasa apa-apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan oleh komuniti ini.

Bagi pihak pengurusan SBC KK, mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada semua yang turut menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung, tanpa anda aktiviti yang sebegini tidak akan bergerak. Jumpa lagi di hari keluarga tahun akan datang (Tawau-Buat persediaan yang jauh lebih baik dari yang pertama)

Anugerah kereta paling popular pada tahun pertama ini adalah disandang oleh Ahli kita yang bernama Henry Jaulit iaitu ahli SBC di bahagian KK, kemenangan beliau adalah berdasarkan undian-undian semua warga SBC, terima kasih kepada pengundi dan Tahun depan pasti sebuah kereta popular akan muncul lagi. (Nantikan)

3 comments:

Azizul Lemin said...

mengumen2 dulu kamu sini knon

shariff azfar said...

yg pting event berjln lancar.. btul kan guru..? hehehe.. next year kta wat lg ba..

Azizul Lemin said...

yup itu yang penting dan tidak juga la banyak masalah..tahun depan upgrae lagi la

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Sabah BLM Club!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger